Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut tenaga otak perlu dipulihkan.
|
Kategori : Biokimia
lsi : 450 Biji
Tempoh guna : 3 Bulan hingga 1 Tahun
Kesesuaian : Semua peringkat dari bayi hingga orang dewasa
EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. la dapat merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas, runsing, memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. la dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan, menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak. EXAMO-CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan EXAMOCKM 500 mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.
Rencana Ringkas Tindakan EXAMO-CKM 500
Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga dibelanjakan maka kian berkuranglah tenaga itu. Bila mana tenaga berkurangan, timbullah keadaan-keadaan seperti:
Lesu
Lemah
Mengantuk
Sengal otot dan sendi
Lapar dan dahaga
Marah-marah
Tidak dapat meneruskan kerja
Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut, tenaga dapat dipulihkan.
Bagaimana hendak memulihkan TENAGA?
Mengikut kajian ada 3 cara bagi memulihkan tenaga, iaitu:
1. Memberi semangat dan perangsang.
2. Beristirahat.
3. Makan dan minum.
Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira mudah dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisisanalisis, merangka strategi dan sebagainya, maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan.
Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:
-Perasaan gementar, cemas dan bimbang
-Bersifat pesimis dan bersikap negatif
-Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
-Selalu letih dan tidak bertenaga
-Sering diganggu kesedihan tidak menentu
-Serabut fikiran dan kelesuan otak
-Lemah daya berfikir dan rasa malas
-Mudah lupa dan rasa jemu
-Kurang daya tumpuan
Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut tenaga otak perlu dipulihkan. BAGAIMANA HENDAK MEMULIHKAN TENAGA OTAK?
Seperti juga tenaga fizikal, ada 3 cara bagi memulihkan tenaga otak, iaitu:
1. Memberikan semangat dan perangsang
2. Beristirahat
3. Makan dan minum
Memberi semangat dan perangsang
Seseorang yang menggunakan psikologi dapat menolong membaiki prestasi murid-muridnya dengan kata-kata perangsang, seperti "Jangan putus asa. Cuba lagi. Saya yakin kamu boleh berjaya".
Seorang ayah menasihati anaknya dengan kata-kata, "Ayah faham mata pelajaran ini susah sedikit tetapi setiap yang susah itu sudah pasti ada jalan mengatasinya". Kata-kata perangsang begini boleh membuat anaknya itu bersemangat kembali dan terus maju. Tetapi masalahnya, sampai bilakah seseorang itu mengharapkan diberi semangat dan perangsang oleh orang lain? Semangat dan perangsang seharusnya datang dari dalam diri.
Beristirahat
Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirahat akan dapat memulihkan sedikit tenaga otak itu. Tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan rehat.
Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof. D. Samuel dan rakan-rakannya dari Institut Weismann di Israel, didapati pada satu-satu ketika, otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 tindak balas elektrokimia. Oleh itu, otak sebenarnya kurang dapat berehat.
Makanan
Seperti juga dengan tubuh, tenaga otak juga boleh dipulihkan dengan makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf.
Apakah nutrien saraf yang dapat memulihkan tenaga?
Jawapannya akan diberikan kemudian nanti.
Pendapat orang
Ada orang berpendapat, kecerdasan akal seseorang bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah (tinggi I.Q) orang itu dan kalau sedikit neuron, maka kurang cerdaslah (rendah I.Q) orang itu.
Adakah benar pendapat ini? Pendapat itu adalah salah. KECERDASAN AKAL
Kecerdasan akal (I.Q) seseorang tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam sesebuah otak.
Prof. Pyotr Anokhin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap kecerdasan akan seseorang.
Menurut penyelidikan Prof PyotrAnokhin, yang mempengaruhi kecerdasan akal seseorang ialah jumlah hubungan (connections) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendrific fibres) di neuron. Otak yang cerdas ialah banyak membentuk hubungan atau jalinan di antara ramisaraf-ramisaraf dendrit.Untuk membentuk hubungan atau jalinan yang banyak, otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf. Beruntunglah orang yang mempunyai banyak ramisaraf dendrit, sebab akalnya cerdas.
Bagaimana dengan orang yang kurang cerdas? Bolehkah digalakkan pertumbuhan ramisaraf dendrit otak?
Jawabnya: BOLEH
Kajian Prof. Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh menggalakkan ranting-rantingnya tumbuh dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.
NEURON
Menurut penyelidikan Dr. W.H. Schuessler, seorang pakar biokimia bangsa Jerman menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan biokimia istimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM 500.
EXAMO-CKM 500 adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak. EXAMO-CKM 500 dirumus mengandungi nutrien saraf Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM 500 adalah merupakan nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainya.
AKTIVITI OTAK
Semua aktiviti otak berfikir, mengingat, menyimpan maklumat, merenung dan mengkaji masalah, menumpu perhatian dan lain-lain adalah proses hasil tindakbalas elektrokimia.
Dad situ kita boleh faham bahawa, untuk melakukan sesuatu aktiviti mental, otak memerlukan bahan kimia bagi menimbulkan impuls elektrik yang berlari melalui ramisaraf dendrit neuron dan akson. Sama halnya dengan sebuah bateri. Ketahuilah, EXAMO-CKM 500 membekalkan bahan kimia yang diperlukan tadi.
Sama seperti baja untuk pokok yang mesti dirumus menurut keperluan optimum pokok, demikianlah juga EXAMO- CKM 500 dirumus istimewa bagi memenuhi keperluan otak untuk tujuan mendapatkan kesan baik paling maksimum.
EXAMO-CKM 500 adalah dijamin paling berkesan, suci dan halal. la tidak mengandungi dadah dan dengan itu tidak boleh rnendatangkan kesan sampingan, tidak membahayakan kesihatan, tidak menimbulkan ketagihan. EXAMO-CKM 500 telah diujikaji oleh pihak Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Masyarakat di England (Department of Health and Society Security, England).
EXAMO-CKM 500 selamat untuk kegunaan semua peringkat, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga ibu yang hamil. Para saintis mendapati bahawa otak manusia mengandungi antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel otak. neuron yang berfungsi. Setiap hari beribu-ribu sel di dalam tubuh dan otak akan mati. Sel-sel tubuh yang mati akan diganti dengF, sel-sel baru. Tetapi sel-sel otak (neuron) yang mati tidak akar diganti dengan sel-sel baru. Ketahuilah menurut kajian, zat Kalium Posfat dan Magnesium Posfat bertindak melambatkan kematian sel-sel otak ini.
Di dalam EXAMO-CKM 500 kesemua ramuan diperbuat daripada bahan-bahan bersih lagi suci mengikut The British Homeopathic Pharmacopoeia dengan menggunakan kaedah triturasi. Triturasi adalah kaedah pembuatan paling saintifik yang menghasilkan nutrien yang mudah cerna.
Sejak dipasarkan kepada umum pada tahun 1983, EXAMO CKM 500 telah mendapat sanjungan dan banyak digunakai oleh kanak-kanak tadika, penuntut sekolah, kolej dan universil sama ada dalam negeri mahupun luar negeri.
Kesan Kegunaan
a. Meningkatkan kecerdasan akal
Penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, menunjukkan bahawa kecerdasan bergantung kepada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron. EXAMO-CKM 500 merupakan baja penyubur.
b. Memulihkan tenaga mental
Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmiter yang terdiri daripada ion-ion K, Mg, Na, Ca, CI dan lain-lain.
c. Membasmi masalah lupa
Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak perlu ada laluan maklumat baru dan perbanyakkan siratan ramisaraf dendrit.
Lain-lain Kegunaan
Dapat membantu semua masalah yang melibatkan otak dan saraf:
1. Payah tidur
2. Migrain
3. Lelah
4. Kanak-kanak degil
5. Orang pendiam, malu, takut dan pemarah
6. Gangguan mimpi-mimpi gerun
7. Pesakit jiwa atau mentalKemungkinan Kesan Mudarat Ringan (Minor Adverse Reaction):
Kesan sementara
1. Rasa mengantuk
Akibat pemindahan getaran saraf dari beta ke alfa ke teta ke delta. Getaran rendah bagus untuk ingatan.
2. Pening kepala, tekanan darah rendah. Cara Makan:
Dikemam dalam mulut.
Cara makan
Bayi (kurang 1 tahun) 1 biji
Kanak-kanak (1-7 tahun) 2 biji
Kanak-kanak (7-14 tahun) 3 biji
Dewasa (14 tahun ke atas) 4 biji
Minggu pertama 3 kali sehari
Minggu ke-2 dan ke-3 2 kali sehari
Minggu ke-4 dan seterusnya 1 kali sehari
sila layari http://eraedarkl.com/produk/biokimia/examo-ckm-500.html untuk maklumat lanjut
ISU SALINDAH
Saya telah difahamkan bahawa beberapa ketika yang lepas terbit isu mengenai SALINDAH. Kononnya akibat SALINDAH ada ibu yang dibedah dan tumpah darah. Saya sebenarnya tak mahu terbabit dalam kerja yang saya anggap buang masa ini. Tetapi banyak orang meminta saya berikan pandangan. Maka bersetujulah saya akhirnya. Seperti biasa saya ingin menyatakan bahawa saya tak upaya memaksa orang yang tak berilmu supaya berilmu atau si-bodoh menjadi cerdik. Yang membangkitkan hal ini pun sebenarnya manusia yang terhad ilmunya. Biarpun dia mengaku cerdik, dia kena mengaku bahawa tidak semestinya dia cerdik. Soal ramai pengikut, bukanlah tanda bahawa dia benar dan cerdik. Ahmad Qadiani dari India yang memajukan agama Qadiani pun ramai pengikut. Tak semestinya dia benar. Bab ilmu, kita kena terus belajar. Itu sebab Islam mengajar, "Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad." Orang yang berilmu dalam perubatan lain daripada Homeopati dan perubatan alternatif yang lain, sepatutnya tuntutlah ilmu dulu. Tambahan prinsip Homeopati amat berbeza dengan prinsip perubatan biasa yang mengguna ubat dadah berbahaya. Bahaya ubat dadah diselindungi dalam side effects, toxic effects, adverse drug reactions, delayed effects. Mungkin ada lain lagi. Tak kisahlah. Yang utama itu fahaman perubatan biasa dan saya berpandangan bahawa janganlah kefahaman kita dipaksakan ke atas orang lain, sambil memaksa orang mengambil benda-benda yang mereka tak gemar. Mungkin pandangan saya salah. Entahlah, bagaimana pandangan anda? Pernah datang seorang ustaz kepada saya yang mengatakan dia pernah dirawat di hospital berkaitan jantungnya dan doktor memberikan 2 ubat dadah untuk disuntik. Dia diminta memilih salah satu. Satu ubat dadah makan masa lama untuk bertindak. Sementara yang satu lagi cepat, tetapi mengandungi benda yang diharamkan dalam Islam. Begitu kata doktor. Dia memilih yang halal dan lambat dan seorang doktornya menjadi sangat hairan. Dia kemudian bertemu saya untuk mendapatkan ubat daripada saya. Persoalan seorang yang mengambil SALINDAH dan kemudian anak songsang, terpaksa dibedah dan tumpah darah bukan sebenarnya masalah produk berkenaan. Yang harus juga dimengerti ialah bahawa selain pengguna mengguna SALINDAH dia juga sentiasa berdepan dengan doktor biasa yang menyarankan ubat-ubat tertentu semasa dia hamil. Kita harus tahu bahawa ada ubat tertentu itu boleh bertindak terhadap SALINDAH. Tindakannya boleh menimbulkan reaksi : • Antidotal ~ membasmikan kesan baik SALINDAH. Biasa juga semasa hamil ibu menghidap tekanan darah tinggi dan kencing manis, terutama dalam masalah keturunan. Mereka diberikan ubat drug oleh doktor mereka yang berlawanan dan membasmikan kesan baik SALINDAH. Lainlah jika mereka berjumpa dan bertanya saya. • Inimikal ~ reaksi bermusuhan dengan remedi yang terdapat dalam SALINDAH. Dengan itu tertawar dan terbatallah kesan baik SALINDAH, malah lebih buruk lagi, ia boleh menimbulkan side effects, toxic effects, adverse drug reactions, delayed effects, seperti yang biasa diketahui. Remedi-remedi tertentu dalam SALINDAH adalah sangat sensitif kerana ia terlalu halus setelah dikuatkan melalui potentisasi atau triturasi.Proses-proses ini menghilangkan langsung apa jua bentuk keracunan. Sebenarnya gejala timbul penyakit akibat keracunan atau toksin (dengan apa sahaja termasuk ubat) melebihi tahap toleransi badan (body's treshold level). • Suplementari ~ ubat sesuai yang bersama dengan remedi dalam SALINDAH. Sekalipun pengguna mengguna remedi Homeopati, dia dan pengamal Homeopati itu tidak semestinya memberikan remedi yang sesuai bersama SALINDAH. Jika remedi yang diguna ini tidak sesuai kemungkinan akan menghentikan kesan baik remedi dalam SALINDAH. Saya dan pegawai-pegawai saya memberikan nasihat, jika diperlukan. Saya sedar bahawa saya tidak disenangi oleh pengilang besar yang terdiri daripada Yahudi, Nasrani dan tali barut mereka, daripada dulu hingga sekarang. Pelbagai kesulitan akan ditimbulkan bagi menyusahkan pengguna memperoleh ubat-ubat bersifat berkesan, saintifik, selamat dan halal yang dapat saya rumuskan. Saya ada alasan tetapi tak akan menyatakannya di sini. Malah Sir Prof Dr Anton Jayasuria, salah seorang guru saya, di Sri Lanka, pernah diberikan makanan mengandungi racun di Brasil. Dia selamat setelah diberikan remedi Homeopati tertentu. Dia sebelumnya bertukar daripada doktor dan pemaju perubatan biasa dan membantu pengilang besar tertentu ke dalam kementerian di negaranya, kepada pengamal prubatan alternatif, termasuk Homeopati. Ketahuilah ubat drug Thalidomide yang dikeluarkan oleh kilang besar telah diberikan kepada ibu hamil oleh doktor biasa. Kemudian Thalidomide diharamkan kerana ramai ibu yang menggunanya telah melahirkan anak kudung, tanpa tangan dan kaki. Kilang pengeluar masih wujud. Thalidomide, saya difahamkan kini digunakan untuk merawat AIDS dan penyakit kusta. Wallahu aklam. Percayalah SALINDAH tak akan jadi seperti itu.
Saya ingin berkongsi dengan anda antara Kelebihan² Memiliki Laman Web :
1. Dapat Memasarkan Produk Dengan Berkesan.(Jika jenis laman web anda adalah berkenaan dengan perniagaan). Lebih sejuta pengunjung sehari akan melihat produk anda. 2. Boleh menyediakan resume lengkap, sijil, gambar anda senriri di laman web, menghantar resume tanpa sehelai kertas pun hanya kirim alamat laman web anda. contoh: . pasti mana² syarikat akan menarik minat mereka untuk mengambil anda bekerja (jika resume anda lengkap dan laman web anda mempunyai seni graphic yang menarik)
3. Dapat menyebarkan maklumat dengan cepat. 4. Boleh membuat pesanan dan merima pesanan atau tempahan dengan cara penyediaan online form serta dapat menerima atau membuat pembayaran dengan menggunakan perkhidmatan paypal ataupun pembayaran dari maybank2u. Pada peringkat awal, Proses perniagaan Internet ini memang complicated...tapi jika anda sudah tahu selok belok sememangnya menyeronokkan dan membuahkan hasil yang amat memuaskan. 5. Anda boleh membuat perniagaan tanpa membuka Kedai dan modal yang besar. Pernigaan tanpa batasan, maksud tanpa batasan ialah anda boleh membuka apa sahaja jenis perniagaan tanpa menggunakan modal dan hanya menjadi broker jualan, contoh broker jualan adalah seperti menjual kereta, rumah, tanah, web hosting atau google ads, anda hanya perlu mencari pelanggan dan anda akan di bayar melalui bayaran KOMISEN. Jika teknik pengiklanan anda berkesan di laman web, dan ramai yang telah mencari anda, percayalah ianya akan membawa hasil yang lumayan dengan hanya mengaut keuntungan daripada bayaran Komisen. 6. Antara kelebihan nya lagi adalah seperti, anda memiliki email dengan jenama produk anda atau nama hosting sendiri..contohnya seperti ` youname@youname.com Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ` ` jasmin@jasmin.com Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ` mengikut domain name yang telah anda pilih. Tapi bukan semua hosting provider akan memberi perkhidmatan email secara percuma, disarankan kepada anda..jika anda hendak membeli website/Hosting pilihlah hosting yang memberikan perkhidmatan email yang percuma seperti unlimited email. Dan 10 kelebihan pemasaran secara online berbanding offline
- tidak memerlukan sewa kedai, tidak perlukan pekerja yg ramai.
hanya perlu bayar hosting setahun sekali & upah sekali sekali sahaja untuk setup kedai online - hanya bekerja di rumah sambil melayan isteri/suami & anak2. - orang menempah barangan anda 24/7 kerana kedai online anda tidak pernah 'tutup'. hanya perlu cek email sekali sehari utk cek order daripada pelanggan. - marketing cara online lebih berkesan. iklan dlm akhbar, pelanggan tak boleh beli terus. secara online, pelanggan hanya perlu klik dan dapat membeli terus. lebih cepat & mudah. - tak perlu tutup kedai kalau nak ubahsuai. kedai offline perlu hentikan bisnes buat sementara malah memakan masa berminggu-minggu utk cat baru, pasang tile, perabot dll. kedai online boleh diubahsuai di bhgn admin... dan..... siap.. - teknologi internet merupakan suatu benda yg COOL. semua org menggunakan internet. semakin hari bertambah 4x kali ganda pengguna internet di seluruh dunia. - ahli politik juga menggunakan internet. tindakan mereka menyebabkan makin ramai org menceburi bidang online ni. mahathir, paklah, najib, anuar ibrahim.. tok guru pun dah ada blog. - semua org boleh bina laman web kedai online. tapi tak semua dapat bina kedai online yg berkualiti. kualiti ini merangkumi segi design, fungsi, kemudahan, customer support dan produk itu sendiri. - menjimatkan wang. anda tidak perlu meminjam duit dengan ALONG semata-mata nak mulakan bisnes. jika anda bekerja, harga permulaan utk memulakan bisnes kedai online sudah pasti tidak menjadi masalah/bebanan. - dikenali seluruh negara dalam tempoh masa yang cepat dan murah. tidak perlukan iklan yang mahal seperti TV, radio.
KUASA MINDA!
Powered by LyftenBloggie
|






![]() | Today | 597 |
![]() | Yesterday | 553 |
![]() | This week | 2337 |
![]() | Last week | 4667 |
![]() | This month | 13484 |
![]() | Last month | 18067 |
![]() | All days | 204700 |