Kategori : Homeopati
Isi : 30 Tablet
Tempoh Guna : Bergantung kepada kekerapan mengambilnya.
Kesesuaian : Untuk merawat masalah sakit kepala dan masalah yang berkaitan.

Pendahuluan

Sakit kepala merupakan keluhan yang paling lazim kita dengari dari orang ramai. Selalunya sakit kepala tidak berbahaya. Kebanyakan struktur di dalam tengkorak kita termasuk otak tidak sensitif kepada kesakitan kecuali salur darah pada pangkal otak dan meninges (iaitu membran yang melapisi otak). Bagi kebanyakan jenis sakit kepala, punca kesakitannya ialah pada otot-otot, gigi, mata, sinus, telinga dan arteri-arteri kulit kepala.

JENIS-JENIS SAKIT KEPALA
a.Akibat ketegangan
Berlaku disebabkan oleh pengecutan otot-otot kulit kepala. Kesakitan tersebut boleh jadi terasa di pelipis, kiri dan

b.Berkaitan dengan kawasan kesakitan berhampiran
Kesakitan dari mata, sinus, hidung, gigi dan tengkuk dirasai pada suatu tempat tertentu, dan mungkin akan menjalar ke bahagian lain kepala mungkin saraf pembekalan. Bagaimanapun, jika kesakitan tersebut ditahan, is mungkin diikuti oleh sakit kepala yang disebabkan oleh resapan kontraksi otot. Sakit daripada mata biasanya disebabkan keletihan mata. Ini terjadi apabila otot-otot digunakan secara keterlaluan, terutama bagi mereka yang menghidap astigmatis glaukoma akut yang boleh menyebabkan sakit kepala dan tenat.

c.        Migrainkanan kepala, belakang kepala dan bahagian atas kepala atau terasa seperti ada tali yang menjerut kepala yang boleh melarat sehingga ke bahagian belakang dan tepi leher.
Kesakitan digambarkan sebagai rasa ketat atau tekanan dan biasanya hadir waktu bangun dari tidur dan akan berterusan sepanjang hari. la akan menjadi lebih teruk dengan keletihan. Rasa sakit boleh berlangsung selama beberapa jam, hari, minggu malah kadangkala hingga bertahun-tahun. Sebab ada sakit kepala jenis ini, biasanya ialah kebimbangan ataupun tekanan perasaan.
Senaman yang menghiburkan, tidur yang mencukupi dan pertolongan psikologikal adalah sangat berguna untuk melegakan stres mental.Migrain adalah sejenis sakit kepala yang tenat dan menyerang secara tidak regular. Serangan biasanya dirasai di sebelah bahagian kepala. Namun begitu migrain kadangkala boleh juga menyerang pada kedua belah bahagian kepala. Migrain lebih banyak menyerang kaum wanita berbanding dengan lelaki; iaitu pada nisbah 2:1 (lihat Wangman R.J., 1990: The New Complete Medical & Health Encyclopedia vol:3). Biasanya dialami oleh wanita dalam lingkungan umur awal dua puluhan. Ini boleh jadi disebabkan oleh tekanan premenstrual. Di antara simptom-simptom khususnya migrain termasuklah sakit di bahagian kepala (biasanya sebelah bahagian), pening pusing, loya dan muntah serta fotofobia. Badan juga terasa sejuk apabila migrain menyerang.


Punca sebenar migrain masih belum diketahui, tetapi para penyelidik telah mengesyaki pengaruh faktor genetik. Ini adalah kerana sebilangan pesakit migrain mempunyai saudara-mara yang terdekat menghidapi migrain. Migrain boleh berpunca dari perubahan imbangan hormon badan (seperti akibat pengambilan pil pencegah kehamilan secara oral), perubahan suhu yang mengejutkan, dedahan kepada cahaya yang terang atau bunyi kuat, perubahan barometrik, minuman beralkohol dan penyalahgunaan dadah. Terdapat juga punca-punca lain seperti tindakbalas alergi terhadap makanan atau minuman tertentu (seperti coklat, keju, pisang dan makanan bergoreng serta susu) dan oleh sebab tekanan emosi.


Adakalanya terda pat tanda-tanda a maran atau aura sebelum migrain menyerang. Auranya boleh jadi kekaburan gangguan cahaya berwarna zigzag atau gangguan pancaindera, misalnya rasa kebas sebelah tangan. Dalam kes migrain hemiplegik, lumpuh sementara sebelah bahagian badan terjadi sebelum serangan migrain. Bagi migrain jenis oftalmoplegik pula, biasanya akan berterusan selama 10-20 minit, disebabkan oleh kekejangan arteri yang membawa bekalan kebahagian tertentu di otak atau saraf kranial mengalami kekejangan. Arteri di kulit kepala akan berdenyut-denyut. Bagi migrain yang ringan, aura mungkin tidak akan nadir.
d. Sakit kepala intrakranium
Disebabkan oleh pengembangan arteri serebrum, iritasi pada meningitis seperti meningitis dan peralihan salur darah dalam tengkorak yang mungkin disebabkan oleh tumor otak. Sakit kepala yang disebabkan oleh tumor otak jarang berlaku.
NOMO MIGREN adalah satu produk Homeopati yang diilhamkan hasil merawat pesakit-pesakit dengan masalah yang berkaitan selama beberapa tahun. Jika simptomsimptomnya bertepatan dan ubat diambil seperti yang diarahkan, insyaAllah, masalah tersebut dapat diatasi.
Cara Makan
NOMO MIGREN seperti juga ubat Homeopati yang lain, tidak boleh disentuh dengan tangan. Gunakan tudung botol dan masukkan terus ke dalam mulut. Dikemam di atas lidah satu tablet sehari. Makan 3 hari dan berhenti 3 hari. Ikut aturan hingga habis.
Pantang Larang
Untuk membantu keberkesanan tindakan NOMO MIGREN, berpantanglah daripada kopi dan sebarang minuman perangsang yang mengandungi kafein. Elakkan juga daripada mengambil makanan yang menimbulkan alahan.
Cara Menyimpan
Tutup ketat. Tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Jangan simpan di tempat berbau kuat.
Nasihat Tambahan
Jika mempunyai sebarang kemusykilan atau untuk pengetahuan yang lebih lanjut tentang produk ini, sila hubungi Era Edar Marketing Sdn. Bhd. di talian 04-917 5044.




ERA EDAR MARKETING KUALA LUMPUR