Kategori : Homeopati
lsi : 30 biji
Kesesuaian Merawat masalah rabun dekat dan jauh.
Pendahuluan
Mata adalah salah satu organ deria yang sangat utama oleh kerana fungsinya yang sangat penting. Oleh itu mata hendaklah dijaga dengan baik bagi menjamin penglihatan yang baik. Namun demikian pelbagai masalah boleh mengganggu mata. Antara masalah kerap mengganggui ramai orang ialah penglihatan yang kabur, iaitu miopia, hiperopia, presbiopia dan astigmatisme.
Miopia (Rabun Jauh)
Miopia berlaku apabila mata tidak berupaya memfokus imej objek jauh tepat di fovia atas retina. Malah imej terbentuk di depan retina. Akan tetapi objek dekat boleh dilihat dengan terang. Biji mata seseorang yang menghidap miopia adalah berkeadaan sedikit memanjang dari depan ke belakang.
Hiperopia (Rabun Dekat)
Rabun dekat (Hiperopia) terjadi apabila seseorang itu tidak dapat melihat dengan jelas objek yang berada hampir dengan mata. Akan tetapi kalau objek tersebut berada agak jauh daripadanya maka ia dapat melihat dengan jelas. Hal ini berlaku kerana imej objek tidak terbentuk di retina, malah terhasil di belakang retina. Ini disebabkan oleh sama ada kanta yang agak pendek sehingga menjadi tebal di tengah atau biji mata itu agak mengempes.
Presbiopia (Rabun Tua)
Gangguan ini kerap terjadi pada orang-orang yang sudah lanjut usia, di mana kanta mata sudah tidak begitu anjal lagi sehingga menyebabkan payah hendak memfokus imej di retina.
Astigmatisme
Masalah ini timbul akibat kornea (bahagian depan mata) melentik dengan tidak elok. Imej yang terbentuk adalah dalam keadaan herot-berot. Oleh itu agak sukar untuk mengecam imej yang terbentuk itu.
Amalan biasa dalam usaha memulihkan penglihatan jelas bagi mereka yang menghidap masalah-masalah di atas, terutamanya Miopia, Hiperopia dan Presbiopia ialah dengan mengenakan cermin mata atau kanta sentuh (contact lens).
Namun demikian apabila keadaan kekaburan kian meningkat, maka kedua-dua jenis alat bantu penglihatan ini terpaksa diganti dengan membetulkan kuasa kanta (power of lens).
Setelah mengkaji dan menjalankan penyelidikan yang agak lama juga maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berjaya merumuskan suatu rumusan khas untuk mengatasi masalah kekaburan penglihatan akibat Miopia, Hiperopia dan Presbiopia (dan mungkin juga Astigmatisme) yang diberi nama NOMO SPEX
NOMO SPEX disediakan daripada rumusan ubat-ubatan Homeopati yang tidak mengandungi kesan mudarat terhadap pengguna. NOMO SPEX bertindak dengan cara-cara berikut :
1.Mengembalikan keanjalan pada otot-otot silium dan kanta bagi memudahkan penumpuan imej pada fovia retina.
2.Menjernihkan kekeruhan akibat endapan hablur dalam gelemaca dan gelemair.
3.Memberi ketonikan kepada sel-sel rod dan kon di retina.
4.Memulihkan kesegaran saraf optik yang berfungsi membawa rangsangan penglihatan dari mata ke otak untuk ditafsirkan dan disimpan.
Cara Makan
Dikemam atas lidah 1 tablet setiap kali. Makan 1 biji pagi dan 1 biji malam. Makan selama 3 hari, berhenti 3 hari. Ikut aturan hingga habis. Merawat masalah penglihatan mungkin memakan sedikit masa untuk sembuh. Namun demikian anda akan merasai keadaan beransur baik dalam tempoh tertentu. Antara tanda keadaan semakin pulih apabila cermin mata yang berkuasa yang anda pakai sekarang tidak lagi rasa sedap. Kalau ada cermin mata lama, mungkin anda kena pakai semula yang lama itu.
Pantang Larang
Sementara sedang berubat, elakkan minum kopi, makanan berlemak atau yang digoreng, kicap dan garam berlebihan. Apabila sudah sembuh, bolehlah dimakan perkara-perkara itu dengan sangat sederhana.
Amalan yang digalakkan
Apabila bangun dari tidur anda dinasihatkan memandang tumbuhtumbuhan hijau.
Nasihat Tambahan
Jangan terlalu banyak melihat punca cahaya yang terang. Kalau menggunakan komputer sebaiknya digunakan penapis sinaran.
Jikalau masalah yang anda hadapi itu sangat serius, anda dinasihatkan mendapat rawatan lanjutan daripada klinik PPHB PDA. Jika anda guna NOMO SPEX tetapi tidak nampak ia memberi kesan nyata, mungkin anda menghadapi masalah lain, mungkin katarak (mata kabur kerana selaput tumbuh). Untuk itu anda dinasihatkan menghubungi terus dengan Era Edar Marketing Sdn. Bhd. di talian 04-971 5044.
Cara menyimpan :
Tutup ketat. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk. Jangan simpan di tempat berbau kuat.