Perubatan Biokimia diperkenal dan dimajukan oleh seorang doktor bangsa Jerman, Dr. Wilhelm Helmut Schuessler, dalam tahun 1873. Sistem ini bertolak daripada teori yang berasaskan bahawa penyakit terjadi akibat kekurangan mana-mana satu atau lebih daripada satu garam mineral dalam tubuh. Garam mineral ini digelar garam tisu biokimia. Hasil kajian analisis yang begitu teliti yang dijalankan, Dr Schuessler mendapati terdapat '12 jenis garam tisu dalam tubuh yang sihat, iaitu:

                       1.Kalsium Fluorid
                       2.Kalsium Posfat
                       3.Kalsium Sulfat
                       4.Ferum Posfat
                       5.Magnesium Posfat
                       6.Kalium Posfat
                       7.Kalium Klorid
                       8.Kalium Sulfat
                       9.Natrium Klorid
                       10.Natrium Posfat
                       11.Natrium Sulfat
                       12.Silika

       Dalam makalahnya yang pertama, Dr Schuessler merakamkan penghargaan di atas tulisan Prof. Moleschott dari University Rome, yang mencetuskan inspirasi kepadanya melahirkan teori Biokimia ini. Di dalam makalah tersebut, Prof. Moleschott menulis,"Struktur dan fungsi semua organ tubuh bergantung kepada wujudnya juzuk-juzuk perlu tak organik dalam kuantiti seimbang". Oleh kerana kandungan garam tak organik hanya perlu dalam kadar 5% sahaja, maka keperluan, kepentingan dan peranannya kurang diberi perhatian. Kepentingan dan peranan yang dimainkan oleh garam tak organik menjadi sangat jelas apabila semakin ramai pihak yang menjalankan kajian di makmal. Dr. Lusk, seorang pakar pemakanan menulis, "Tubuh manusia boleh hidup dalam jangka iebih pendek akibat ketiadaan garam mineral daripada ketiadaan juzuk lain di dalam makanannya." Prinsip Perubatan Biokimia Dr. Schuessler Ada lima prinsip perubatan Biokimia, iaitu:

                       1.Penyakit tidak terjadi jika metabolisme (ungkaibina) sel berada dalam keadaan normal.
                       2.Metabolisme sel berkeadaan normal apabila berlaku nutrisi sel mencukupi.
                       3.Bahan pemakanan tubuh boleh dalam bentuk organik atau tak organik.
                       4.Keupayaan sel-sel tubuh mengasimilasi, mengkumuh dan mengguna bahan pemakanan akan terencat jika terdapat kekurangan pada kandungan mineral tak organik (garam tisu) dalam sel tubuh.
                       5.Kecukupan pemakanan sel boleh dipulihkan dan metabolisme sel dinormalkan dengan membekalkan garam tisu yang diperlukan oleh tubuh dalam bentuk yang halus dan boleh diasimilasi.

       Sekalipun seseorang itu makan makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan unsur surih, kadang­kadang tubuh tidak berupaya mengasimilasikan bahan-bahan tersebut itu. Dalam hal yang demikian, tubuh dikatakan "kelaparan dan kekenyangan." Pengambilan garam tisu potentisasi boleh membantu dalam hal ini untuk memulihkan keseimbangan molekul yang kemudian boleh menggiatkan proses asimilasi. Tubuh bolehlah dapatkan bekalan nutrien yang diperlukan daripada makanan. Mineral yang diperolehi daripada makanan adalah dalam bentuk sebatian yang mesti dipecahkan terlebih dahulu, melalui proses pencernaan, sebelum dapat diasimilasi. Akan tetapi garam tisu Biokimia yang disediakan melalui kaedah triturasi boleh terus diasimilasi oleh tubuh. PROSES TRITURASI

       Secara mudahnya, proses ini melibatkan kerja-kerja "penghalusan" menurut kaedah Homeopati. Satu bahagian garam mineral asal dicampurkan dengan 9 bahagian laktosa dan ditumbuk dan digiling dalam satu bekas untuk sekian lama. Hasilnya dapatlah bahan seakan debu iaitu triturat pertama, 1x. Kemudian satu bahagian triturat lx ini pula dicampur 9 bahagian laktosa, dan ditumbuk dan digiling pula untuk mendapatkan triturat 2x. Begitulah proses ini diteruskan sehingga ke tahap triturasi yang dikehendaki. Garam tisu Biokimia yang digunakan oleh Prof. Dr. Azizan bin Haji Ismail dalam rumusan-rumusannya ialah pada tahap 6x dan dipersembahan dalam bentuk "molded tablets" dan "compressed tablets", agar mudah hancur atas lidah dan mudah pula dimakan oleh kanak-kanak dan bayi. Contohnya EXAMO-CKM 500. Oleh kerana ubat Biokimia yang disediakan dengan menggunakan laktosa, maka itu sebabnya is terasa sedikit manis dan digemari oleh semua orang termasuk kanak-kanak

ERA EDAR MARKETING KUALA LUMPUR