Sejak bermula sejarah manusia, sudah diketahui bahawa pada tumbuh-tumbuhan tertentu terdapat pelbagai jenis khasiat yang cukup mujarab bagi mengubati pelbagai jenis masalah kesihatan. Ada jenis tumbuhan yang boleh dijadikan makanan yang berperanan, bukan setakat memberi kekenyangan, malah juga untuk menjauhi daripada serangan penyakit, memberi tenaga, menolong menyembuhkan penyakit yang sudah dihadapi dan sebagainya. Tumbuhan makanan membekalkan banyak keperluan zat-zat karbohidrat, protien, lemak, garam mineral, vitamin dan air untuk tubuh. Ada jenis tumbuhan yang rasanya kurang enak, seperti rasa terlalu pahit, masam, kelat atau payau dan berbau tengik akan tetapi mempunyai khasiat perubatan, dan perlu dimakan atau diminum secara sedikit-sedikit. Pelbagai jenis khasiat ubat terdapat dalam beraneka jenis tumbuhan. Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia (USM), hutan rimba di Malaysia, yang menikmati iklim khatulistiwa, mempunyai khazanah yang paling kaya dengan tumbuhan berubat iaitu antara 3000 hingga 5000 spesis, termasuk yang belum dikenalpasti. Di kalangan dukun dan bomoh Melayu, pengetahuan mengenai ubatan dari tumbuhan ini sudah menjadi hal yang turun temurun. Malah bagi masyarakat Melayu ubatan konvensional hanya baru kebelakangan ini menjadi pilihan pertama. Pun begitu masih ramai yang memilih ramuan-ramuan akar kayu untuk mengubati yang mereka hadapi. Ramuan-ramuan herba ini memang berkhasiat dan berkesan bagi merawat masalah­masalah seperti tekanan darah tinggi, kencing manis misalnya yang perubatan konvensional sendiri merasai payah hendak mengubatinya dengan sempurna. Cuma yang menjadi masalah dunia perubatan herba Melayu ialah is lebih berbentuk kuno. Kalau is dapat dimodenkan dari segi kajian saintifik dan persembahan, maka is mungkin lebih mudah diterima masyarakat marcapada. Kalau dapat diubah daripada menyediakan ramuan dengan memasak dalam periuk tanah dijadikan minuman yang tidak bersukatan tetap kepada sediaan dalam bentuk tablet atau minuman yang lebih mudah dibawa dan digunakan dengan bersukatan tertentu, maka dengan sedikit perubahan itu, adalah dirasakan perubatan herbal isme akan lebih memberi tarikan kepada pengguna. Dalam bidang inilah Prof. Dr. Azizan Ismail sedang berusaha gigih. Kejayaannya sudah mula dirasai sekarang.


ERA EDAR MARKETING KUALA LUMPUR