| |

KEUNIKAN PRODUK RUMUSAN PROF DR AZIZAN ISMAIL
Memang ramai yang mengetahui dan menyedari bahawa semua produk yang kita keluarkan dan pasarkan adalah yang asal dan tulen,lahir daripada kesungguhan kita mencari rumusan yang sangat istimewa
bukan sekadar meniru apa yang pihak lain telah sediakan.Namun demikian tidak ramai yang mengetahui dan menyedari bahawa perumusannya juga adalah agak unik. lni juga antara yang membezakanproduk kita dengan produk pihak lain.
Ketahuilah ada antara produk kita dirumus hasil jelmaan ilham kepada saya. Ilham datang hasil pemerhatian permasalahan dan kekurangan yangterdapat pada diri sendiri, keluarga atau masyarakat umum. Keadaan itu mendorong saya mengkaji secara bersungguh-sungguh untuk mencaripenyelesaian (solution) kepada permasalahan dan kekurangan tersebut. Saya amat meyakini yang setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian,setiap penyakit mesti ada ubatnya. Sebagai contoh dalam perumusan EXAMO-CKM 500. Saya menghadapi masalah lemah ingatan yang amat dahsyatsejak di bangku sekolah hingga ke waktu pengajian di universiti yang boleh menjejaskan pembelajaran dan keputusan peperiksaan.Begitu teruk keadaannya sehingga saya pernah mengambil keputusan meninggalkan pengajian di universiti. Benak sungguh.Terasa bagaikan pelajaran langsung tidak melekat di ingatan. Jika saya bermasalah begitu, mungkin ramai pula pelajar lain yang sedemikian.
SALINDAH dirumus hasil melihat isteri sendiri yang amat teruk apabila hamil dan melahirkan anak. Kemudian terfikir mungkin begitu ramai lagi wanita lain menghadapinya. Saya membuat kajian dan penyelidikan tentang masalah-masalah berkaitan kehamilan, semasa melahirkan anak dan lepas bersalin.Akhirnya lahirlah rumusan SALINDAH. Rumusan pemakanan bayi dan kanak-kanak, berasas beras, GROWELL, adalah kerana melihatpada waktu itu kebanyakan rumusan pemakanan bayi dan kanak-kanak disediakan berasaskan bijirin lain yang bukannya makanan ruji kita orang Asia.Rumusan pemakanan itu mungkin baik dari segi nilai pemakanan, tetapi bayi dan kanak-kanak itu nanti akan bertukar makan nasi daripada beras dan
ini boleh menimbulkan rencatan pemakanan (dietetic shock).GROWELL dikaji dengan menyediakan secara kecilkecilan kepada anak-anak sendiri dan anak-anak saudara mara dan sahabat handai. Setelah yakin bagus barulah dikeluarkan secara besar-besaran.

LAMAN UTAMA
|