Kuantiti : 100 ml Tempoh Guna : 40 hari
TONER
Toner juga dikenali sebagai penyegar. astringen atau losen penanggal. Toner bertindak khusus untuk menanggalkan permukaan sel kulit, sisa pencuci (cleanser), serta minyak dari kulit.
TONER UNA KOSMETIKA
Toner UNA KOSMETIKA diperbuat dari air mawar terpilih untuk memberi kesan kesegaran, di samping melembut, mengurangkan kesan parut, kedut dan kegatalan serta memberi kesan ketenangan (aromaterapi).
Cara Menggunakan TONER UNA KOSMETIKA
1) Tuang toner pada pad kapas yang lembap.
2) Pedapkan ke seluruh wajah perlahan-lahan.
3) Lakukan tepukan kecil di sekitar wajah dengan menggunakan hujung jari untuk melancarkan aliran darah serta menganjalkan kulit muka.
4) Biarkan sehingga betul-betul kering sebelum menggunakan Moisturiser Una Kosmetika.
Kuantiti : 100 ml Tempoh guna : 2 bulan.
MOISTURISER
Sebenarnya moisturiser merupakan sahabat baik kepada kulit. Kulit boleh hilang kelembapan melalui penyejatan yang berlaku setiap hari. Moisturiser membentuk satu lapisan filem nipis di atas permukaan kulit yang bertujuan untuk menahan serta melambatkan proses penyejatan air berlaku. Ada moisturiser yang tidak dapat mengubah fisiologi dermis seperti mengurangkan kedut, kecualilah jika terdapatnya Alpha Hydroxy Acids (AHA) atau sunscreen di dalam produk tersebut.
MOISTURISER UNA KOSMETIKA
Moisturiser Una Kosmetika menggunakan tomato sebagai rumusan utamanya. Mengandungi lycopene yang merupakan antioksida untuk menghalang kesan radikal bebas yang menyebabkan beberapa penyakit kronik serta penuaan tubuh. Tomato juga mengandungi AHA yang paling ideal untuk memberi kelembapan yang berpanjangan kepada kulit. Vitamin C dan A khusus untuk memelihara kesihatan kulit.
Pelindung Cahaya Matahari (Sunscreen)
Pelindung cahaya matahari ialah minyak, losen atau krim yang mengandungi sebatian yang bertindak sebagai penapis sinar UV. Moisturiser UNA Kosmetika mengandungi sunscreen untuk melindungi dan memelihara kulit pada waktu siang.
Pelindung cahaya matahari boleh mencegsh kedut berbanding krim pencegah kedut atau pelembap muka yang mahal. Bila is bertindak balas, bererti pelindung cahaya matahari tersebut berkesan pada wajah.
ERA EDAR MARKETING KUALA LUMPUR