![]() View Full-Size Image |
Matsa |
|||
|
Price per Unit (piece):
RM 45.00
|
Number pieces in packaging:1 Number pieces in box:1 |
|||
| Ask a question about this product | ||||
MATSA merupakan rumusan pemakanan berasaskan sains homeopati yang berperanan merangsang aktiviti hemisfera kiri otak, terutamanya, yang terlibat dengan proses pemikiran Matematik dan Sains.
MATSA mengandungi ramuan dinamik Nux vomica, Calcarea ostearum dan Faktor S 200.Sesuai sangat dengan pelajar yang bengkeng, pelupa, selalu silap istilah, payah berfikir tentang
timbangan, jarak, berat. Kurang tumpuan dan malas.
Faktor S 200: Mudah lupa fakta seperti nama dan tarikh. Mudah kecewa dan putus asa
REAKSI MATSA
Proses mengira memerlukan tumpuan yang tajam dan keupayaan logika yang tinggi. Biasanya apabila kita tidak dapat jawapan betul atau payah sangat hendak faham dan menyelesaikan masalah hisab Matematik dan Sains kita mudah putus asa dan menjadi marah. Kemudian perasaan kita bertukar menjadi benci terhadap matapelajaran tersebut dan amat malas. Insya-Allah, apabila mengambil formulasi MATSA semua ini akan selesai dan anda akan nikmati suasana tenang dan senang dengan kerja mengira dan berfikir. MATSA bertindak merangsang dan mengaktifkan otak kiri yang terlibat dengan proses mengira, logik, dan pemadanan istilah.
PERINGATAN
Apabila MATSA bertindak mendatangkan perubahan ke arah kecemerlangan minda anda, jika terdapat sebarang keracunan dalam tubuh, ia akan memaksanya keluar dalam bentuk ruam atau bisul atau mungkin sedikit sakit kepala atau demam. Jangan bimbang ini proses pembersihan dalam badan. Racun dalam badan adalah antara penyebab gangguan minda menyebabkan masalah-masalah berkaitan keupayaan mengira, menaakul dan mengistilah.
TEORI PERKAITAN MINDA DENGAN KECERDASAN MATEMATIK DAN SAINS
Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh dua orang penyelidik neurosains, Prof. Roger Sperry dan Prof. Robert Ornstein, otak kiri dan otak kanan mempunyai fungsi yang agak berbeza. Penyelidikan yang dijalankan saintis lain kemudian daripada mereka juga menunjukkan keputusan yang sama. Otak kanan berfungsi dalam hal-hal yang masih belum konkrit, masih kabur-kabur. Tergolong dalam medan fungsi otak kanan ialah dalam aspek bentuk dan pola, manipulasi ruang, ritma dan apresiasi muzik, imej dan gambaran, imaginasi, khayalan, rentak lagu dan sebagainya. Oleh itu otak kanan digelar otak seni. Sementara fungsi otak kiri pula dikaitkan dengan hal-hal yang sudah konkrit, sudah ada bentuk dan ini termasuklah dalam aspek-aspek bahasa, formula matematik, logik (mantik, taakulan ), nombor, sekwens, lineariti, analisis, senikata lagu dan sebagainya. Otak kiri digelar otak sains. Ada pendapat yang mengatakan orang Melayu terutamanya lebih cenderung kepada hal-hal kesenian dan mengabaikan persoalan berkaitan Matematik dan Sains. Maknanya orang Melayu lebih banyak mengguna otak kanan daripada otak kiri. Fikiran orang Melayu lebih banyak merawang secara tidak bertumpuan. Tidak bersandarkan fakta kukuh. Mungkin hanya dalam masyarakat Melayu sahaja di mana serba-serbi boleh dikaitkan dengan seni: seni silat, seni lakon, seni kata, , seni tari, seni pertukangan, seni muzik, seni ukir dan pelbagai seni lagi. Sesuatu yang seni mesti bersifat halus. Halus itu lambang kecantikan dan keindahan. Yang seni itu begitu sulit hendak diberikan takrif dan garis panduan yang tepat. Ia terlalu subjektif. Orang Melayu boleh berbual berjam-jam di warung dengan hanya secawan kopi, misalnya. Perkara atau subjek yang dibualkan begitu pelbagai sehingga tidak berkesudahan. Tiada dahulu dan tiada akhimya. Istilah yang digunakan untuk perbuatan berbual begini ialah berborak. Borak boleh jadi bermaksud bohong.
Mungkinkah itu sebabnya pelajar Melayu dikatakan begitu lemah dalam matapelajaran Matematik dan Sains jika dibandingkan dengan pelajar bukan Melayu. Mungkin ini pandangan secara rambang sahaja. Sebab Matematik dan Sains berdiri atas asas yang berfakta. Fakta adalah hujah yang kukuh. la memerlukan penuh tumpuan, fikiran dan tenaga. Tidak boleh diambil mudah. Matematik dan Sains memerlukan penglibatan otak kiri yang lebih. Di sinilah mungkin kelemahan yang terdapat pada orang Melayu. Orang Melayu lebih menggunakan otak kanan daripada otak kiri, sehingga otak kiri berada di dalam keadaan terbiar dan kurang berfungsi. Sesuatu yang terbiar lama-kelamaan akan hilang fungsi. Jika hal ini benar, untuk mengaktif dan memajukan otak kiri, maka ia hendaklah dirangsang. Kita kenalah rangsang otak kiri kita.
BAGAIMANA HENDAK RANGSANG OTAK KIRI ?
Mula-mula sekali kita kenalah berani untuk mengubah sikap yang kurang sesuai dengan keperibadian orang Matematik dan Sains. Biasa kita dengar dalam bualan orang Melayu kata-kata begini: " Jangan berkira sangatlah," atau "Cincai sahajalah," atau "Lebih kurang sudahlah," atau "Agak-agak jadilah." Semua kata-kata begini menandakan begitu simplistiknya pemikiran orang berkenaan. begitu lurus sampai ke tahap bodoh. Jika kita mahu menjadi lebih cemerlang dalam Matematik dan Sains, kita kena lakukan perubahan. Kita kena campak jauh-jauh kebiasaan yang sudah berakar umbi dalam budaya kita. Mulai sekarang kita kena berkira, kita tidak boleh buat cincai, kita mesti kira dengan betul dan tak boleh pakai agak-agak sahaja.
Kemudian gunakanlah MATSA. MATSA adalah satu-satunya rumusan yang disediakan khusus oleh Prof. Dr. Azizan untuk tujuan menggiatkan aktiviti otak kiri dan dengan itu meningkatkan kepintaran pelajar dalam bidang Matematik dan Sains.
FORMULA ISTIMEWA
Prof. Dr. Azizan Ismail agak dikenali ramai di Malaysia, khususnya, kerana banyaknya sumbangan beliau kepada masyarakat negara ini terutama dalam bidang alternatif. Banyak kajian dan penyelidikan dalam bidang perubatan alternatif yang beliau jalankan yang telah membuahkan kejayaan dengan terumusnya pelbagai formulasi ubat-ubatan, makanan dan minuman, dan produk kosmetik alamiah. Beliau juga dikaitkan dengan pendidikan dan persekolahan di mana penyelidikan yang dijalankan telah menghasilkan rumusan makanan minda yang sangat popular iaitu EXAMO CKM 500 dan EXAMO CKM 500 PLUS (dahulu dikenali sebagai EXAMO BOOSTER). Beliau juga memperkenalkan kaedah pembelajaran yang sangat praktikal, mudah dan berkesan yang dinamakan OKIDA. Begitu ramai kaum pelajar, sama ada di bangku sekolah mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi, yang telah berjaya dalam pelajaran kerana mengikuti kaedah beliau.
Beliau banyak menghabiskan masa lapang untuk menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang perubatan alternatif. Hasilnya beliau telah berjaya merumus lebih daripada 100 produk berkonsep kesihatan dan perubatan. Beliau telah menceburi bidang perubatan alternatif sejak lebih daripada 2 dekad dahulu (sejak 1976). Kerap beliau dijemput untuk menyampaikan ceramah dalam topik berkaitan kesihatan dan penyakit dan motivasi pelajaran. Dalam bidang perubatan alternatif, tumpuan beliau ialah dalam perubatan Homeopati, Biokimia, Herbalisme dan Aromaterapi.
Hasil kajian dan penyelidikan dalam bidang-bidang perubatan tersebut, biasanya, akan lahirlah ciptaan atau rumusan baru daripada baliau. Antara rumusan yang sangat masyhur beliau ialah EXAMO CKM 500 dan EXAMO CKM 500 PLUS. Kedua-dua produk tersebut adalah rumusan nutrisi Biokimia dan Homeopati khusus untuk kaum pelajar dalam membantu dan menaikkan prestasi mereka dalam pelajaran dengan meningkatkan kecerdasan, membaiki ingatan, mengurangkan masalah lupa, menguatkan tenaga dan daya berfikir, menajamkan penumpuan (konsentrasi) menimbulkan kerajinan, ketekunan, kesungguhan dan semangat belajar untuk berjaya. Sebenarnya kejayaan menghasilkan rumusan-rumusan inilah yang telah membolehkan beliau dianugerahi biasiswa daripada Jabatan Perdana Menteri untuk mengikuti kursus pengilangan ubat-ubatan di beberapa institusi dan kilang di Jerman Barat dalam tahun 1984. Dalam bidang pendidikan dan pembelajaran, terkini beliau menemui kaedah pembelajaran yang sangat berkesan yang diberi nama OKIDA (kaedah belajar mengguna hemisfera kanan otak). OKIDA adalah singkatan Otak Kanan Ikut Dr. Azizan. OKIDA disampaikan kepada pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (termasuk maktab perguruan dan universiti) sama ada milik kerajaan mahupun swasta, di merata pelusuk tanah air, di semenanjung, Sabah dan Sarawak. Semua majlis ceramah mendapat sambutan baik dan memberikan impak kepada pendengar. OKIDA mudah difahami dan diamalkan demi kebaikan pembelajaran berkesan. Kini Prof. Dr. Azizan Ismail dalam proses mempaten OKIDA dan menubuhkan syarikat khusus untuk menjalankan promosinya secara meluas. Makanan berkhasiat dan seimbang membantu perkembangan minda dengan sempurna.
SEJARAH MATSA
Dalam tahun I998, Prof Dr. Azizan Ismail, telah dijemput menjalankan eksperimen dengan semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) di sebuah sekolah kebangsaan di Padang Rengas, Perak. Dengan kebenaran ibu bapa dan penjaga, semua murid Tahun 6 sekolah berkenaan diberikan makan EXAMO CKM 500 setiap hari dan, EXAMO CKM 500 Plus, setiap minggu, sebulan sebelum peperiksaan.
Menurut Ustazah Jamilah Haji Ismail, salah seorang guru yang terlibat dengan projek berkenaan, hasilnya secara menyeluruh terdapat peningkatan keputusan daripada 30% kelulusan tahun sebelumnya, kepada 70%. Prof Dr. Azizan Ismail kurang berpuas hati dengan keputusan tersebut. Beliau hendakkan sesuatu yang lebih rneyakinkan lagi.
Oleh yang demikian, apabila beliau mendapat pelawaan untuk membantu murid-murid di sebuah Sekolah Kebangsaan di Mukim Sala, Kedah, beliau terus bersetuju kerana ini akan memberi peluang kepada beliau untuk meneruskan kajiannya. Beliau mendapati ramai juga murid-murid di situ yang agak lemah dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Hal ini dimaklumkan oleh guru dan guru besar sekolah berkenaan. Suatu rumusan khas, iaitu MATSA, telah disediakan oleh beliau untuk mengatasi kelemahan Matematik dan Sains di kalangan murid-murid. Dalam usaha tersebut, 23 murid telah dipilih daripada kalangan murid yang berprestasi paling corot dalam Matematik dan Sains dalam kelas yang paling corot juga. Mereka diberikan rumusan MATSA menurut panduan yang diberikan. MATSA dibekalkan secara percuma kepada kumpulan murid tadi. Di samping itu ramai juga di kalangan ibubapa sekolah berkenaan memberikan anak-anak mereka EXAMO CKM 500 dan EXAMO CKM 500 PLUS setelah mendapat penerangan daripada Prof. Dr. Azizan.
Hasil daripada usaha itu dengan kerjasama dan kesungguhan daripada pihak guru dan ibubapa keputusan dan kelulusan sekolah itu meningkat daripada 38.6% melonjak naik kepada 60.6%. Daripada kalangan 23 murid yang mengambil MATSA keputusannya amat memberangsangkan: 23 murid lulus Matematik (100%) sementara 22 lulus Sains (95.65%). Ada di antaranya yang memperoleh pangkat A untuk Matematik dan Sains agak kurang menyakinkan jika tidak ada bantuan daripada rumusan MATSA itu.
AMALAN LAIN YANG DAPAT MEMBANTU
Adalah dinasihatkan agar anda memberikan kepada anak-anak anda yang akan menduduki sebarang peperiksaan, produk
1) EXAMO CKM 500
produk yang berikut ini daripada sekarang. la akan membantu anak anda untuk menghadapi peperiksaan.Berikan 3 atau 4 kali sehari. Berikan pagi semasa hendak ke sekolah, waktu pulang dan sekolah, waktu petang dan malam. Bilangannya boleh dilebihkan daripada biasa. Jika biasa mengambil 4 biji boleh dilebihkan hingga 6-8 biji sekali makan.
2) EXAMO CKM 500 Plus
Biasanya diberikan 1 minggu sekali, tetapi dalam keadaan hendak menghadapi peperiksaan, pengambilan boleh dikerapkan 3 hari sekali.
3) STAMINEX
Memadai diberikan 2 kali sehari, sebelum anak ke sekolah dan malam. STAMINEX membantu menenangkan tidur dan menghilangkan lenguh-lenguh dan sakit-sakit akibat kegiatan waktu Siang. Di samping itu is memberi tenaga khusus untuk kuat berfikir.
4) SLURI MINDA
SLURI adalah sejenis makanan pepejal yang disediakan dalam bentuk cair. Masukkan 2 sudu besar DIAFOOD ke dalam mangkuk. Tambahkan GROWELL sebanyak 1 sudu besar, 1 sudu gula GLUKOS (atau MADU), dan akhirnya 1 cawan SUSU SEGAR ,SUSU UHT (dalam kotak) yang dihangatkan terlebih dahulu atau yang terutamanya SUSU INTEL-LAC. Susu boleh dilebihkan jika perlu. Berikan SLURI dengan beberapa keping roti sandwich yang disapu peanut butter. Makanan yang diberikan begini semasa anak hendak ke sekolah akan menaikkan kekuatan berfikir (aktif berfikir), bekerja, mendatangkan ketenangan dan tidak akan menyebabkan mengantuk dalam kelas. Berikan kepada anak-anak 1 1/2 jam sebelum mula belajar atau mengambil peperiksaan.
5)RELEXAMO & KONSENTRASEE
RELEXAMO istimewa untuk mengurangkan keadaan cemas dan bimbang. Menimbulkan rasa tenang Beserta menambahkan keyakinan pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Baik diguna mulai 1 bulan sebelum ujian atau peperiksaan. KONSENTRASEE pula untuk menambah tumpuan atau konsentrasi. Juga sesuai untuk kanak-kanak lasak, autisme, hiperaktif, gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan.
6)DOA
Berikan doa-doa mudah dan ringkas untuk dijadikan amalan kepada anak. Waktu anak anda sedang menduduki peperiksaan ibu bapa digalakkan mendoakan anak agar berjaya dengan cemerlang. Ada yang menyarankan doa Kanzal Arasy (terdapat dalam buku Yaasin Majmu') setiap kali lepas solat waktu dengan meniatkan kejayaan cemerlang kepada anak-anak yang sedang mengambil peperiksaan. Setiap kali membuka buku biasakan membaca Bismillah. Galakkan juga anak Selawat kepada Baginda Rasullullah S.A.W.
7)SOLAT HAJAT
Galakkan anak melakukan solat HAJAT sebelum menghadapi peperiksaan. Sekeluarga boleh melakukannya.
8)MAKANAN
Berikan makanan yang tidak menimbulkan alergi seperti gatalgatal, kerana ini akan meresahkan anak yang sedang menduduki peperiksaan. Biasanya yang boleh menimbulkan gatal ialah udang, ketam, sotong, belacan, ayam dan daging.
|
||||
|
Availability
Usually ships in: ![]() |
||||
Customer Reviews:There are yet no reviews for this product.Please log in to write a review. |
||||
You may also be interested in this/these product(s)
|
||||






![]() | Today | 599 |
![]() | Yesterday | 553 |
![]() | This week | 2339 |
![]() | Last week | 4667 |
![]() | This month | 13486 |
![]() | Last month | 18067 |
![]() | All days | 204702 |